SDRP, STIS, inisiatif tarik golongan profesional dan pelabur asing

Harian Metro
October 16, 2024
1.4k
324

Kuching: Sarawak melancarkan dua inisiatif yang akan memacu agenda digital negeri ke hadapan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, inisiatif berkenaan, Program Residensi Digital Sarawak (SDRP) serta Sarawak Technology and Innovation Sandbox (STIS) adalah langkah berani kerajaan Sarawak untuk menarik golongan profesional, pekerja, usahawan asing dan pelabur ke Sarawak.

Beliau berkata, inisiatif pertama di bawah program itu, De Rantau Sarawak, akan dibuka untuk permohonan awal tahun depan.

"Program dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu mengukuhkan lagi status Malaysia sebagai destinasi utama bagi nomad digital di Asia Tenggara.

"Dengan syarat yang fleksibel, ia meletakkan Sarawak sebagai hab digital inklusif yang mengalu-alukan bakat global," katanya dalam ucapan pada perasmian Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, STIS pula dibangunkan bagi memudahkan peralihan negeri kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.

"STIS dijangka memacu inovasi dalam agritek, bandar pintar dan industri kebudayaan yang akan meletakkan Sarawak sebagai hab keselamatan makanan dan menyokong Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

"Ia sejajar dengan komitmen Sarawak untuk mengimbangi kemajuan dengan inovasi mampan dan inisiatif ini mengukuhkan komitmen Sarawak untuk memupuk ekonomi digital yang bertenaga, inovatif dan terhubung secara global," katanya.

Menurutnya, Sarawak juga sedang giat meneruskan inisiatif pertanian menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti pertanian dan keselamatan makanan bagi mencapai hasrat untuk menjadi pengeksport makanan bersih menjelang 2030.

"Penubuhan Precision and Discipline Agriculture Facility (PDAF) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di Kuching menandakan satu perkembangan penting ke arah itu.

"Kerajaan Sarawak sedang meneroka pelbagai aplikasi AI dalam pertanian, bekerjasama dengan syarikat teknologi untuk melaksanakan penyelesaian pertanian pintar dan inovasi ini memberi kuasa kepada petani untuk memanfaatkan alat dipacu AI untuk analisis tanah, pengurusan perosak dan pemantauan iklim," katanya.

Kerajaan katanya, turut mengalu-alukan pelabur untuk bekerjasama dalam sektor pertanian, menggunakan analisis data dan pembelajaran mesin untuk meningkatkan pengurusan tanaman dan produktiviti," katanya.

Harian Metro
October 16, 2024
1.4k
324

Read More News

5 min read
Read More
5 min read
Read More
5 min read
Read More
5 min read
Read More
5 min read
Read More
5 min read
Read More