Dana Pengkomersialan

Apa itu Dana Pengkomersialan?
Dana Pengkomersialan menyokong inovasi yang bersedia ke pasaran melalui intervensi bersasar bagi mencapai penerimaan pasaran, kebolehskalaan dan kemampanan. Program ini memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan pelanggan, bukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) peringkat awal, bagi membolehkan inovator bergerak daripada teknologi yang telah disahkan kepada hasil pasaran yang nyata. Pelaksanaan Dana Pengkomersialan distrukturkan melalui tiga teras bersepadu:
Model
Pelaksanaan
Pelaksanaan Program Berstruktur
Sokongan Pengkomersialan Pasca Projek
Syarat Penyertaan Program
Profil
Pemohon
- Entiti milik Malaysia (pegangan melebihi 50%)
- PKS, syarikat pemula (startups), spin-offs, organisasi awam atau swasta, serta koperasi
Ketersediaan Teknologi & Pelanggan
- Tahap Ketersediaan Teknologi (TRL): Minimum 7
- Tahap Ketersediaan Pelanggan (CRL): Minimum 3
Hak Pengkomersialan
Sokongan & Penglibatan Peserta

Proses Permohonan
Application Open
july
Application Close
August
Selection Process
August
Accelerator Commences
September - November
Post Programme Sipport
November - December




july
August
August
September - November
November - December
Penerbitan
Maklumat Lanjut
Dana Pengkomersialan merupakan inisiatif pembiayaan strategik di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang dipandu oleh Pelan Hala Tuju RDICE, selaras dengan Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030. Ia direka untuk merapatkan jurang "Valley of Death" antara kejayaan penyelidikan dan kejayaan pasaran, serta menyediakan pembiayaan pemangkin dan kerangka intervensi berstruktur bagi memastikan hasil R&D sampai kepada pengguna dan pasaran sebenar.
Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memiliki 51% pegangan saham warganegara Malaysia. Pemohon yang layak termasuk mana-mana yang berikut:
- PKS (SME)
- Syarikat Pemula (Startup)
- Syarikat Spin-off
- Pasukan yang diterajui oleh Penyelidik
Pemohon mesti memenuhi tahap kesediaan minimum berikut:
- Tahap Ketersediaan Teknologi (TRL) 7: Prototaip telah didemonstrasikan dalam persekitaran operasi sebenar.
- Tahap Ketersedian Pelanggan (CRL) 3: Pengesahan penyelesaian masalah melalui ujian pelanggan awal.
- Bukti: Pemohon perlu mengemukakan bukti ujian rintis (pilot test), demonstrasi prototaip, atau minat pelanggan yang telah disahkan.
Inisiatif ini mengutamakan teknologi berorientasikan misi di bawah pendekatan RDICE yang mempercepatkan pengkomersialan dalam bidang yang selaras dengan keutamaan negara, termasuk keterjaminan makanan, daya tahan kesihatan, tenaga bersih, dan transformasi digital di bawah kerangka 10-10 MySTIE. Keutamaan diberikan kepada penyelesaian yang menggunakan teknologi pemangkin utama seperti Bahan Termaju, Bioteknologi, Nanoteknologi, Rantaian Blok (Blockchain), Robotik, dan Internet Kebendaan (IoT).
Jumlah pembiayaan maksimum untuk Dana Pengkomersialan adalah bernilai RM1 juta.
Keseluruhan skop projek dibahagikan kepada tiga bidang utama:
- Skop 1: Pembangunan Projek – Menyokong pelaksanaan aktiviti secara langsung yang membawa kepada produk sedia ada dan model perniagaan yang disahkan
- Skop 2: Pemecut Pengkomersialan Berstruktur (SCA) – Memberi tumpuan kepada pembinaan kesediaan perniagaan dan pelaburan sambil melibatkan pasukan projek ke dalam sistem sokongan bagi ekosistem inovasi.
- Skop 3: Perkhidmatan Inovasi – Merangkumi akses kepada ekosistem inovasi dan kemudahan bersepadu MRANTI, menyediakan sokongan teknikal dan pengkomersialan berterusan sepanjang kitaran hayat projek untuk melengkapkan aktiviti pembangunan produk dan SCA, memastikan setiap projek mencapai ketahanan komersial, teknikal dan kawal selia.
- SCA (Structured Commercialisation Accelerator): Sokongan berstruktur semasa fasa pelaksanaan 12 bulan untuk membantu penerima melaksanakan pengkomersialan, termasuk bimbingan mentor, sokongan akses pasaran, dan aktiviti kesediaan komersial.
- ESCA (Extended SCA): Sokongan pasca-penyiapan projek selama 24 bulan untuk mengekalkan momentum selepas geran, memberi tumpuan kepada pengembangan pasaran dan penglibatan pelabur.
- IS (Innovation Services): Perkhidmatan sokongan program yang membolehkan tadbir urus pelaksanaan seperti penilaian undang-undang dan perjanjian, pemantauan projek, serta lawatan tapak.
Pembiayaan ini bertujuan untuk aktiviti yang secara langsung menggerakkan inovasi ke arah kesediaan pasaran dan penggunaan, seperti penambahbaikan produk, penyediaan penggunaan rintis, akses pasaran, dan item pelaksanaan pengkomersialan yang telah dipersetujui.
Item yang tidak selaras dengan skop projek yang diluluskan, tidak terikat dengan pencapaian (milestones) yang dipersetujui, atau kos yang tidak menyumbang kepada hasil pengkomersialan tidak akan disokong. Ini juga termasuk perbelanjaan projek terdahulu atau yang telah berlaku (kos yang dibelanjakan sebelum kelulusan atau di luar tempoh projek yang diluluskan).
Ya. Pemohon mesti mampu menyumbang sebahagian daripada kos projek dan menunjukkan bukti kapasiti kewangan. Keperluan sumbangan minimum dan cara pengiraannya akan dinyatakan dalam garis panduan rasmi.
Dana dibayar melalui penyaluran pendahuluan berdasarkan dua tahap pencapaian (milestones).
- Milestone 1: Dibayar selepas penyerahan sebut harga dan dokumen sokongan.
- Milestone 2: Dibayar selepas semakan tuntutan dan penyelarasan tahap pertama; pemotongan akan dibuat jika terdapat baki dana yang tidak digunakan daripada Tahap 1.
36 bulan secara keseluruhan, yang terdiri daripada 12 bulan pelaksanaan (pembangunan produk dan pengkomersialan awal) diikuti oleh 24 bulan sokongan pengkomersialan lanjutan (ESCA).
- Pada 12 Bulan: Produk Sedia Pasaran (TRL9), 1-2 penggunaan rintis, jualan/pelesenan awal, dan pendaftaran IP baharu.
- Pada 36 Bulan (Pasca ESCA): Kelestarian projek, pembiayaan susulan, dan penembusan ke dalam pasaran/vertikal industri baharu.
- Akses Portal: Klik pautan: mranti.my/dana untuk bermula.
- Pra-penyaringan: Lengkapkan penilaian pra-penyaringan wajib untuk mengesahkan kelayakan dan keselarasan dengan objektif program.
- Permohonan Penuh: Jika anda layak berdasarkan keputusan pra-penyaringan, anda akan diarahkan ke borang permohonan.
- Sokongan Peribadi: Anda boleh menjadualkan sesi konsultasi dengan kami atau hubungi pasukan kami melalui e-mel di danapengkomersialan@mranti.my untuk bantuan lanjut.





.jpg)


